[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Syed Faiz: Tindakan Keluar Dewan Rakyat Tidak Matang !


KUALA LUMPUR: Tindakan ahli parlimen pembangkang dari BN dan Pas bertindak keluar dewan rakyat sebagai tanda protes dianggap sebagai sesuatu yang tidak matang dan memalukan.

Presiden Parti Anak Muda Kebangsaan (BANGSA), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, meskipun ada pertikaian berkenan pelantikan speaker namun keluar Dewan bukan cara yang tepat menyatakan bantahan.

"Hari semalam merupakan hari bersejarah buat mereka mengangkat sumpah jadi perlu hormati Dewan dan juga menghormati majlis angkat sumpah.

"Mereka telah dipilih oleh rakyat, menjadi kepercayaan kepada rakyat, jadi bekerjalah dengan baik dan ikhlas.

"Mengapa keluar Dewan sedangkan mereka boleh buat bantahan sewaktu perbahasan nanti atau selepas upacara perasmian pembukaan dalam perbahasan atau melalui 'standing order' pada hari Rabu," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Syed Faiz berkata demikian ketika mengulas situasi persidangan Dewan Rakyat semalam berlaku sedikit ketegangan apabila ahli Parlimen BN dan Pas keluar Dewan Rakyat sebagai tanda boikot pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohd Ariff Md Yusof.

Protes ini tercetus kerana pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari ini menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sementara itu, Syed Faiz berpendapat lebih baik jika setiap anggota parlimen menghormati majlis mengangkat sumpah yang dilakukan.

"Mereka tidak seharusnya mengambil langkah yang mencemarkan imej BN selaku pembangkang yang mahu dilihat berwibawa, malah mencerminkan sikap tidak matang di kalangan mereka sendiri.

"Hormatilah Dewan, rakyat melihat dan menilai segala tindak tanduk pemimpin yang diharapkan menjadi pembela nasib mereka selepas amanah diberikan pada PRU lalu," akhirinya. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]