IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Tun M: Tak Dapat Bayang Apa Akan Di Buat Najib Sebagai PM !


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membebaskan dirinya daripada sebarang kesalahan membabitkan dakwaan rasuah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung skandal 1MDB.

Menerusi satu wawancara eksklusif bersama Al Jazeera, Dr Mahathir berkata, beliau tidak tahu Najib akan didakwa dengan tuduhan rasuah.

"Pada masa saya menyokongnya, dia dilihat menjadi calon yang baik sebagai Perdana Menteri," katanya.

Dr Mahathir mengakui bahawa semasa berundur dari politik pada 2003, beliau tidak berniat untuk kembali.

"Tetapi selepas saya berundur dan pemimpin baharu mengambil alih, ramai yang datang berjumpa dengan saya, meminta saya melakukan sesuatu kerana mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan pengganti saya," katanya.

"Akhirnya, Datuk Seri Najib mengambil alih, tetapi sekali lagi ramai orang tidak gembira... jadi orang datang untuk berjumpa dengan saya. Meminta saya untuk berbuat sesuatu," katanya.

Beliau berkata, menggulingkan Najib dan menyelamatkan Malaysia adalah alasan mengapa beliau kembali ke arena politik dan menyertai Pakatan Harapan.

Dr Mahathir berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi yang menuduhnya melakukan kesilapan sebelum ini memutuskan untuk melupakan masa lalu.

"Kita perlu bersama-sama. Penggulingan Najib jauh lebih penting daripada pertengkaran kita yang terdahulu," kata Dr Mahathir.

Najib pada Rabu lalu mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan tiga pertuduhan pecah amanah berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan jutaan ringgit. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]