IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Tun Mahathir: Bukan Promosi Komunis Tapi Rakyat Perlu Tahu !


KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum mengkaji cadangan aktivis agar fakta mengenai perjuangan kemerdekaan golongan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya (PKM) dimasukkan dalam buku teks sejarah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, hal ini bukan berniat mempromosikan perjuangan komunis sebaliknya lebih kepada maksud supaya komunis, kapitalis, demokrasi dan kleptokrasi difahami.

"Kita belum kaji lagi, orang lain yang cadang, bukan kita (kerajaan).

"Apa yang saya faham ia bukan bermaksud mempromosikan perjuangan komunis, kita kena faham apakah komunis?

"Kita bukan nak promosikan fahaman komunis, tapi kita kena tahu apa itu komunis, kapitalis, demokrasi, kleptokrasi, semua ini kita kena tahu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, aktivis, Fadiah Nadwa Fikri menggesa kerajaan untuk menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan oleh golongan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya.

Menurutnya, perjuangan puak berhaluan kiri tersebut merupakan fakta yang tidak dimasukkan dalam buku teks sedia ada.

Katanya, golongan kiri turut sama berjuang untuk kemerdekaan negara.

Bercakap dalam forum 'Perlukah Menulis Semula Buku Sejarah?', Fadiah Nadwa berkata, fakta tersebut perlu dimasukkan ke dalam buku teks sejarah bagi memberikan kefahaman kepada pelajar dan masyarakat mengenai Malaysia sebagai sebuah negara. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]