IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Tun Mahathir: Media Berperanan Bantu Kerajaan Lawan Rasuah


PUTRAJAYA: Pihak media berperanan membantu kerajaan membanteras rasuah kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita mengenai permintaannya sempena ulang tahun kelahiran ke-93 hari ini.

“Saya harap media membantu kami melawan rasuah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini

SPRM hari ini mengadakan taklimet kepada semua wakil rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) mengenai pendekatan baru antirasuah jabatan itu.

Taklimat disampaikan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Katanya, taklimat itu bertujuan untuk memastikan wakil rakyat memimpin berdasarkan tauladan.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mahathir semalam mengumumkan agar semua wakil rakyat HARAPAN mengisytiharkan harta dan melaporkan sebarang hadiah yang diterima kepada pihak berkuasa. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]