IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

UMNO Perlu Lebih Terbuka Jika Mahu Tawan Hati Generasi Y !


KUALA LUMPUR: UMNO perlu menggunakan pendekatan lebih terbuka tanpa mengenepikan hak asas agama Islam dan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata, parti itu juga harus lebih dinamik dalam perjuangan, seiring perubahan ekologi politik baharu.

"Senario politik semasa menampakkan Generasi Y (Gen Y) menjadi teras masa depan negara mempunyai pendekatan yang amat berbeza dari segi bangsa, agama dan sebagainya.

"Mereka lebih terbuka, sekali gus mengurangkan sempadan (pandangan) antara kaum dan agama.

"Jika UMNO ingin menang, mereka mesti menyesuaikan perjuangan dengan aliran dan unjuran terbaharu ini," katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Beliau mengulas pandangan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, yang antara lain menyatakan UMNO mungkin perlu melupakan hasrat menawan semula Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika masih memainkan isu perkauman sebagai modal memomokkan orang Melayu.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, keresahan orang Melayu memang wujud berikutan pelantikan bukan Melayu sebagai Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara tetapi kecil berbanding isu lain seperti ekonomi dan sosial.

Abdul Aziz berkata, pandangan Khairy adalah tepat selaku orang muda yang memahami kehendak belia seperti dilakukan Pakatan Harapan (PH) sehingga berjaya membentuk kerajaan.

"PH memberi alternatif kerana mereka tidak ada ideologi ketat macam kita (UMNO) yang ada perang ideologi. Sekarang (kena ada) perang nilai.

"Kalau kita (masih) ideologikal, kita (UMNO) bertentangan dalam arus pembaharuan," katanya.

Katanya, pembangkang perlu mencipta perjuangan tanpa berlandaskan agama dan bangsa, namun tetap meletakkan dua perkara itu sebagai hakikat sedia ada.

"Kita kena terbuka dari segi pembangunan insan yang berasaskan agama dan bangsa tanpa terlalu dilaungkan kerana Perlembagaan sudah merangkumkan semua itu termasuk institusi Raja-raja Melayu," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]