[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Wan Azizah: Tak Salah Lantik Tun M, Azmin Dalam Khazanah !


KUALA LUMPUR : Pelantikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd, tidak bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ini kerana pelantikan tersebut dilihat bersesuaian dengan tanggungjawab mereka untuk menarik pelaburan.

"Saya lihat tiada masalah kerana ia merangkumi bidang pengkhususan Khazanah untuk menarik pelaburan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut berkata, keputusan pelantikan tersebut akan dibincangkan dengan lebih mendalam di peringkat pimpinan PH.

Dr Wan Azizah diminta memberi respon kepada kritikan sesetengah pihak yang menyifatkan pelantikan Dr Mahathir dan Mohamed Azmin sebagai bertentangan dengan manifesto PH.

Dalam manifesto mereka, PH telah berjanji tidak akan melantik ahli politik di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tetapi individu yang layak untuk mengisi jawatan tersebut.

Khazanah Nasional ialah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia yang diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial Kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik untuk negara. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]