SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Wan Azizah: Trend Salah Laku Rasuah Kalangan Belia Menurun


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, trend salah laku rasuah di kalangan belia semakin menurun, menunjukkan semakin ramai rakyat sedar mengenai akibat daripada salah laku berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun tidak mempunyai statistik yang tepat, namun beliau dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) bahawa jumlah kes bagi lima tahun sebelum ini menurun berbanding sebelumnya.


"Ini bermakna belia kita semakin terdedah dan memahami masalah dan anomaliti," katanya selepas menyaksikan penyerahan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records kepada SPRM bagi penganjuran program "Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messages" di sini hari ini.

Turut  hadir Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull.

Bagaimanapun, Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melahirkan kerisauannya terhadap jumlah pesalah laku belia yang tetap melebih separuh dari jumlah keseluruhan pesalah rasuah. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]