[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Suri Rumah Rugi RM6,500 Di Tipu Individu Menyamar Polis !


KUANTAN: Seorang suri rumah kerugian RM6,500 setelah berurusan dengan individu yang mendakwa sebagai 'pegawai polis' yang kononnya boleh membantu pembebasan suaminya yang dalam tahanan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 37 tahun yang berasal dari Taman Sentosa, Jerantut dekat sini, mendakwa dirinya dimaklumkan tentang penahanan suaminya pada petang 4 Julai lepas.

Mangsa difahamkan mempercayai panggilan telefon yang kononnya dibuat seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut kerana suaminya yang berusia 40 tahun telah empat kali ditangkap kerana kesalahan berkaitan dadah.

"Suspek mendakwa boleh membantu melepaskan suami mangsa jika dia membayar RM5,000 namun selepas tawar-menawar, jumlah yang dipersetujui adalah sebanyak RM4,000."

"Mangsa telah membuat bayaran pada pukul 4.30 petang hari yang sama dan tidak lama kemudian menerima semula panggilan daripada suspek mendakwa wang tersebut tidak mencukupi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah suspek telah menyuruh mangsa menambah wang sebanyak RM2,500 yang dituruti mangsa.  #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]