[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



ADUN Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin telah menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Perkara ini disahkan oleh anak Allahyaham, Atiqah Shaharuddin. 

"Jenazah akan dibawa pulang ke rumah selepas Maghrib di alamat No 15, Jalan Pinggiran Putra 2/3 Desa Pinggiran Putra 43000 Kajang, Selangor," umum Atiqah melalui sebuah kenyataan.

Allahyarham Shahruddin dikatakan menghidap kanser usus (Colon Cancer) tahap empat.

Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau adalah bekas Timbalan Naib Canselor UNISEL dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE).

Shaharuddin dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) Selangor selepas memenangi kerusi DUN Seri Setia pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu. #sumber

2 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Analilahwaina rojion moga roh ditempat kan bersama sama roh orang orang yg beriman... Amin

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]