IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Azmin Sah Tidak Cabar Anwar Untuk Tanding Jawatan Presiden


PETALING JAYA: Desas-desus terjawab petang tadi apabila Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi sah bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Mengesahkan perkara itu adalah Setiausaha Politiknya, Mohd Hilman Idham, yang bertindak sebagai pencadang manakala Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor sebagai penyokong.

Dengan pengesahan itu, ia sekali gus menutup spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu akan mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan presiden.

Sehubungan itu, Azmin akan cuba mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR yang disandang bekas Menteri Besar Selangor itu sejak 2010.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa Mohamed Azmin dipercayai akan bertanding jawatan presiden menentang Anwar pada saat-saat akhir sebelum tarikh tutup pencalonan pemilihan

Azmin sebelum ini dikatakan sebagai 'pencatur parti' dan sering menjadi penyelamat krisis sebelum ini, seperti dalam isu Langkah Kajang dan pelantikan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, pelantikan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) turut disifatkan sebagai satu isyarat jelas untuknya merebut jawatan Presiden PKR. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]