IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Bekas Pengarah Pendidikan Terima Anugerah Tokoh Pendidik !


JERANTUT - Bekas Pengarah Pendidikan Pahang Datuk Mazlan Mohamad dipilih sebagai Tokoh Pendidik Pahang 2018 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Pahang yang diadakan di sini hari ini.

Mazlan, 64, yang mengabdikan diri selama 36 tahun dalam profesion perguruan memainkan peranan penting dalam memartabatkan sektor pendidikan di negara ini, termasuk menyediakan kertas kerja Progam Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) ketika menjawat jawatan Penolong Pengarah Pensiswazahan Guru pada lewat 1990-an.

"Pada ketika itu, ramai guru memasuki bidang latihan guru tidak layak masuk ke universiti tetapi kami adakan usahasama dengan universiti yang membolehkan guru ini layak memasuki universiti dan mendapat ijazah.

"Program ini yang masih berjalan sehingga hari ini sudah melahirkan 30,000 guru yang memiliki ijazah," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penganugerahan berkenaan yang disempurnakan Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Dr Mehander Singh Nahar Singh.

Mazlan yang bertugas sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan sebelum bersara pada 27 Jun 2014, membawa pulang wang tunai RM3,000 sumbangan institusi perbankan, sijil dan pingat. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]