IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Benarkah Dakwaan "Bandar Ikan Patin" Temerloh Bandar Mati?


TEMERLOH: Sebut sahaja Temerloh di Pahang, pasti perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah 'Bandar Ikan Patin'.

Bandar Temerloh terletak di tengah-tengah negeri Pahang, iaitu di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang.

Bagaimanapun, ada apa sebenarnya di bandar yang diberi pengiktirafan sebagai Bandar Titik Tengah Semenanjung ini?


Ada cakap-cakap yang mengatakan bandar ini hanya ‘bernyawa’ pada waktu tertentu sahaja, seperti pada hujung minggu dan cuti umum.

Pada hari biasa pula, bandar ini dikatakan hanya ‘dihidupkan’ dengan kehidupan penduduk tempatan yang melakukan kerja-kerja seharian.


Seorang warga tempatan yang kami temui menyatakan bandar Temerloh ini hanya satu pusat transit yang menghubungkan orang luar, mahupun orang tempatan, ke bandar-bandar lain di negeri ini.

Dengan populasi seramai 165,451 orang seperti yang tercatat dalam bancian penduduk pada 2010, pasti setiap daripada mereka ada kisah tersendiri yang ingin dikongsikan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]