IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

BN Berikan Laluan Kepada PAS Bertanding Di DUN Seri Setia !


SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) akan memberi laluan kepada PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, laluan ini adalah satu titik permulaan dan persefahaman antara kedua-dua parti sebagai suatu gerakan politik baharu, dalam Malaysia baharu.
"Laluan itu sebagai timbal balik yang sudah diberikan PAS dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.
"Kita akan bersungguh-sungguh dalam membantu PAS di sana, saya sendiri akan turun membantu calon PAS yang dipertaruhkan.
"Kita harap PAS dapat memilih calon ikon untuk kita bawa suara rakyat Seri Setia ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya dalam sidang media di Pejabat UMNO Kota Raja, hari ini.
Kerusi DUN Seri Setia kosong apabila wakil rakyatnya, Profesor Dr Shaharuddin Baharuddin meninggal dunia lewat petang semalam selepas menderita barah usus.
Ini PRK ketiga di Selangor selepas Sungai Kandis dan Balakong yang akan diadakan masing-masing esok dan 8 September nanti.
Beliau berkata, UMNO dan BN, secara tidak rasmi sudah berbincang dan mendapat persetujuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mengenainya.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata beliau berharap persefahaman antara dua parti besar Melayu di negara ini iaitu UMNO dan PAS dapat diperkasakan pada masa akan datang.
"Saya minta dua parti besar Melayu untuk mesti kena ada persefahaman. Ini titik permulaan persefahaman antara PAS dan UMNO. Insya-Allah kita akan berkembang dan tersebar luas.
"Kita harap rakyat dapat membaca titik persefahaman ini untuk jadi politik baharu dalam Malaysia baharu yang ada sekarang. Kita harap persefahaman ini akan diperkasakan lagi.
"Masih berbaki setengah hari lagi ini, saya minta pengundi yang memberi kepercayaan kepada PAS dalam pilihan raya lalu, dengan undian lebih 7,000 untuk beri kepercayaan kepada kita (BN) di Sungai Kandis. Kita akan memulangkan undi di Seri Setia nanti, Insya-Allah," katanya.
Mohamad berkata, beliau serta rakan-rakan dalam BN turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Shaharuddin.
"Tabah dan sabar keluarga arwah. Ini semua kehendak Allah dan kita amat simpati dengan pemergiannya, seorang tokoh dalam bidang akademik," katanya.
Ketika ditanya berkenaan kekosongan kerusi Balakong, Mohamad berkata, kemungkinan ia akan diserahkan kepada calon MCA.
"Balakong kita akan tengok macam mana tapi rasanya tempat itu kita akan beri kepada MCA," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]