IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Dr Maszlee Tidak Tahu Arahan Henti Langganan Akhbar Utusan


KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau tidak mengetahui berhubung arahan menghentikan langganan akhbar Utusan Malaysia bagi institusi di bawah kementeriannya namun tidak menolak kemungkinan itu langkah berjimat cermat.

Katanya, beliau akan membuat semakan terlebih dahulu dengan penasihat khasnya, Wan Saiful Wan Jan berhubung perkara itu.

"Saya tak pasti perkara itu, saya kena tanya dia (Wan Saiful) sebab sekarang ini kita dalam langkah berjimat cermat, banyak sangat surat khabar (dilanggani). Sekarang banyak (berita) online jadi boleh tengok online," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dilaporkan sebuah memo dikeluarkan melalui Wan Saiful mengarahkan sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan untuk berhenti melanggan akhbar tersebut.

Memo bertarikh 18 Julai itu ditujukan kepada Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Mohd Gazali Abas. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]