IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Maszlee Ucapkan Takziah Kepada Keluarga Dua Murid Lemas !


PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua beradik yang juga murid Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan, Pahang yang meninggal dunia akibat lemas dalam kejadian di muara Sungai Balok semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau  mendoakan roh Muhammad Amirul Mukminin  Abu Hanafiah, 11 dan Muhammad Hafizul Iman, 9, dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

"Di samping itu, saya berharap mangsa yang terselamat iaitu Ahmad Adam Naufal Ahmad Yamizi, 11  dan Mohamad Lokman Hakim Suhamizan, 10 berada dalam keadaan stabil dan menjalani rawatan yang sewajarnya," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, dua beradik itu lemas ketika mandi-manda bersama dua lagi rakan di muara Sungai Balok.

Kedua-dua rakan mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di kawasan berhampiran. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]