[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Ibu Reda Kehilangan Dua Anak Lelakinya Dalam Sekelip Mata !


KUANTAN - Tiada ungkapan dapat menggambarkan betapa luluhnya hati seorang ibu sebaik menerima perkhabaran dua anak lelaki yang menjadi penyeri dalam keluarga selama ini, lemas dalam kejadian di Muara Sungai Balok, petang tadi.

Wan Norhuda Wan Chik, 41, berkata sebaik seorang jiran datang ke rumah menyuruhnya datang ke kawasan pantai tidak jauh daripada kediamannya itu, dia mula tidak sedap hati dan merasakan ada sesuatu menimpa kedua-dua anaknya itu.

"Apabila tiba di pantai, saya lihat mayat Muhammad Amirul Mukminin Abu Hanifah, 11, terbaring di pantai.

"Sementara mayat anak bongsu saya, (Muhammad Hafizul Iman, 10 tahun) masih belum ditemui," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini malam ini.

Wan Norhuda yang mempunyai empat anak lagi kesemuanya perempuan, tidak menyedari bila anak kelima dan keenamnya itu keluar dari rumah dan itu kali pertama mereka ke pantai kerana sebelum ini, mereka sering dilarang ke sana. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]