IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Jho Low: Tuntutan Kerajaan Terhadap Kapal Equanimity Tak Sah


KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan Malaysia mendapatkan kembali kapal persiaran mewah bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) yang disita di Bali, awal tahun ini didakwa tidak sah dari segi undang-undang dan bertujuan politik.

Memetik kenyataan peguam ahli perniagaan, Low Teak Jho atau Jho Low yang disiarkan Free Malaysia Today, langkah kerajaan itu menunjukkan betapa pantasnya pemerintahan berdasarkan undang-undang menghilang daripada rejim Tun Dr Mahathir.

"Mahathir menunjukkan kepada dunia bahawa rejim baru beliau masih tidak berminat dengan pemerintahan mengikut undang-undang," katanya merujuk kepada krisis yang tercetus akibat pemecatan beberapa hakim kanan pada penggal pertama beliau menjadi Perdana Menteri.

Kapal berkenaan yang didaftarkan di Kepulauan Cayman, disita Februari lalu atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah bernilai berbilion dolar oleh Jabatan Keadilan (DoJ) AS membabitkan 1MDB.

April lalu, mahkamah Indonesia mengumumkan kapal layar itu dirampas secara salah dan harus dikembalikan kepada pemiliknya.

Polis Indonesia merampas semula kapal itu Julai lalu, susulan permintaan rasmi AS sebagai sebahagian daripada bantuan undang-undang.

Polis negara republik itu berkata mereka akan menyerahkan kapal layar terbabit kepada Malaysia tetapi tidak menyebut masa yang tepat. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]