IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Jkuasa Pemilihan PKR Tentukan Tindakan Ke Atas ‘Kem Rafizi’


PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan menentukan keputusan berhubung tindakan yang wajar diambil terhadap “kem Rafizi”, kata Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.

Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin PKR itu berkata, mereka akan menunggu laporan daripada JPP sekiranya terdapat isu disiplin yang perlu dimajukan.

“Kita akan bertindak mengikut prosedur. Saya nak cakap apa-apa pun sekarang tak boleh,” katanya kepada FMT semalam.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam komplot menghalang Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8 seperti dipersetujui oleh kepimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum Mei lepas.

Dr Mahathir kemudiannya mencabar Abdullah yang menuduh beliau dan Daim berusaha menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri supaya mengemukakan bukti.

Selain itu, Azmin turut menyerahkan kepada lembaga disiplin PKR dan kepimpinan PH untuk melihat tindakan yang wajar diambil terhadap “kem Rafizi”.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata JPP akan membuat keputusan berhubung perkara itu kerana ia berlaku semasa pemilihan parti.

Selain itu katanya, di bawah JPP terdapat jawatankuasa bantahan dan disiplin yang akan melihat isu itu dengan cermat.

“Mereka akan melihat kalau ada laporan yang dikemukakan kepada jawatankuasa tersebut. Buat masa ini (isu babitkan kem Rafizi) tidak ada kaitan dengan lembaga disiplin,” katanya. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Rafizi ramli seorang pejuangan reformist beliau bukan seorang mat pacak posisi beliau seorang penyerang dan seorang yg strategy adalah Amat tidak wajar jika beliau dikenakan tindakan salah laku perlu diingat rafizi seorang yg bercredibility serta bercharisma tinggi parmasaalah dlm mengemudi parti samalah seperti sebuah kapal mempunyai ramai nahoda cukup bermasaalah kurangnya beriadah atau berinteksi diantara rakan rakan juga mengundang desus desas maka lahirlah persepsi yg buruk dan penyakit buruk sangka berdiskusi mengurai setiap permasaalahan itu bagus mengurai apa yg terpendam jadi oleh yg demian cubalah bersikap seperti seorang yg berpendidikan untuk maklumat bila issue lgbt telah didendang dan dari sudut yg lainnya issue ini telah menyerang credibility anuar Ibrahim disini ada yg cuba mengadu domba sebagai panglipur lara menghasut agar anuar Ibrahim tidak diberi ruang bergelumang dlm pentas politics diatas alasan terpalit dgn issue lampau.. Laluan beliau tidak mudah perlu bersikap pandang dan lihat belajar menjadi seorang insan mcm saya walaupun tidak kelihatan berjuang untuk saudara anuar Ibrahim dan percaya beliau seorang mangsa politics itu satu fakta saya tidak berjuang untuk mahathirsm yg cuba mendominasi keadaan.. T sambung nak solat

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]