[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Kebocoran Bumbung Masjid Negeri Tidak Jejas Jemaah Solat


KUANTAN - Kebocoran bumbung Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah dekat sini mendapat perhatian Kerajaan Negeri Pahang.

Pengerusi Jawatakuasa Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri, Dato' Sri Ustaz Haji Syed Ibrahim Syed Ahmad turun padang dalam lawatan kerja melawat dan meninjau sendiri kerja-kerja membaikpulih dan membaiki bahagian bumbung  masjid tersebut, pagi semalam.


Beliau terlebih dahulu diberi taklimat oleh Imam Besar Masjid Negeri sebelum dibawa melawat bilik-bilik yang terjejas akibat kebocoran di beberapa bahagian bumbung.

Turut sama dalam lawatan tersebut, Pengarah dan Timbalan Pengarah JAIP, Ustaz Dato' Badly Shah dan Pegawai daripada JKR Pahang.


Kerja-kerja memasang bumbung dengan kerangka besi dan atap zing sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dalam beberapa minggu lagi yang dibiayai menerusi peruntukan MUIP.


Bagaimanapun, menurut Imam Besar, pihak masjid masih memerlukan peruntukkan tambahan dianggarkan ratusan ribu bagi membaiki kebocoran dibeberapa bahagian lagi termasuk membaiki bilik-bilik yang rosak termasuk mengecat semula dan mengantikan kapet yg rosak.

Menurutnya, kebocoran bumbung tersebut tidak menjejas jemaah solat kerana dewan solat tidak terlibat.

Sementara itu, YB Dato' Sri Syed Ibrahim selepas melihat sendiri kerosakan tersebut, beliau berpuashati dengan kerja-kerja membaik pulih sebahagian bumbung masjid itu.

Beliau telah meminta pihak JKR menyediakan laporan menyeluruh beserta kos membaik pulih semua kerosakan untuk dikemukakan kepada pihak kerajaan.

"Insya Allah, saya akan membawa perkara ini kepada pengetahuan YAB Menteri Besar dan Kerajaan negeri", tambah beliau. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]