IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Mohamad: Keputusan PRK Sungai Kandis Adalah 'Good Signal'


KLANG - Barisan Nasional (BN) menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis hari ini merupakan 'good signal' kepada parti itu.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini kerana jumlah undi yang diterima parti itu dalam pilihan raya kecil kali ini tidak jauh berbeza dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas.

"Saya menjangkakan kita kalah teruk malam ini namun perolehan undi itu membuktikan kita mendapat 75 peratus daripada lebih 11,000 yang diperoleh semasa PRU-14 lalu.

"Keputusan tersebut lebih baik daripada PH (Pakatan Harapan) yang saya jangka mendapat 18,000 undi namun hanya memperoleh lebih 15,000 undi sahaja. Justeru, perkara ini kita perlu lihat, kaji dan teliti (kerana undi PH merosot)," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan Utama parti itu di sini, malam ini.

Turut hadir calon BN bagi PRK itu Datuk Lokman Noor Adam. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]