[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Murid Tahun Dua Maut Di Langgar Lori Sampah Petang Tadi !


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang sedang bermain basikal, maut digilis lori sampah di Jalan Kampung Padang Balang, Sentul di sini, jam 4.30 petang tadi.

Mohammad Haekal Rizal Abdullah, Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata mangsa dilanggar lori sampah yang datang dari arah bertentangan.

Katanya, sebaik dilanggar, mangsa terjatuh dan digilis lori berkenaan.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku di kawasan laluan kampung yang sempit dan hanya mempunyai satu lorong," katanya ketika dihubungi.

Zulkefly berkata, siasatan awal mendapati kawasan berkenaan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan setakat ini tiada saksi tampil memberi keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]