[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Mustapa: Jangan Tertipu Dengan Jumlah 3.5 Juta Ahli UMNO !


JELI: Ahli UMNO diingatkan supaya tidak mendabik dada dan selesa dengan bilangan kira-kira 3.5 juta keahlian di seluruh negara, pada masa ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata hakikatnya bilangan itu tidak tepat kerana ada ahli keluar parti atau mungkin meninggal dunia sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Kita tertipu dan khayal lalu mendabik dada kononnya mempunyai kira-kira 3.5 juta ahli tetapi sebenarnya jumlah ini tidak tepat.

“Buktinya, macam mana kita tidak boleh menang banyak kerusi sehingga kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU-14 lalu,” katanya ketika ditemui pada program bengkel pemutihan Cawangan UMNO Bahagian Jeli di Kompleks UMNO berkenaan, di sini, hari ini.

Program itu dihadiri pimpinan di setiap cawangan bagi mencari kaedah mengenal pasti ahli sebenar yang setia dan taat dengan perjuangan UMNO.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli, berkata UMNO Jeli berpandangan program pemutihan itu harus bermula di peringkat cawangan.

“Sebelum ini, belum ada usaha tersusun dan berkesan bagi memastikan proses pemutihan keahlian dilaksanakan dan akibatnya kita berasa bangga mempunyai ahli ramai tetapi hakikatnya tidak betul,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]