IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Najib Hentam Guan Eng Kerana Persoalkan isu Gaji Arul Kanda


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menghentam Lim Guan Eng kerana menjadikan pakej gaji bekas bos 1MDB, Arul Kanda Kandasamy satu isu, mengatakan Menteri Kewangan itu seorang pendendam dan cuba mengalihkan pandangan daripada kesilapan menuduh syarikat China mempunyai kaitan dengan hutang 1MDB.

“Mengapa Arul dijadikan mangsa dan kamu juga menunjukkan surat pelantikan dan kontrak yang sepatutnya peribadi dan rahsia kepada media?” kata Najib.

“Bukankah Arul juga mempunyai hak untuk privasi?” soal Najib.

Lim mahu menyaman Arul, yang kontraknya dengan 1MDB ditamatkan Kementerian Kewangan 2 hari sebelum luput pada 30 Jun, untuk mendapatkan kembali separuh daripada gaji RM5 juta yang didahulukan kepadanya.

Lim mendedahkan kontrak Arul bagi tempoh 6 bulan tahun ini bernilai RM5 juta. Najib mempertahankan pakej gaji itu, mengatakan ia dianggap sebagai pengurangan gaji bagi Arul, yang dibayar lebih tinggi sebagai ketua pelaburan di bank yang berpangkalan di Abu Dhabi sebelum ditarik masuk ke 1MDB.
Lim kemudian bertanya adakah Arul dibayar RM10 juta setahun dalam pekerjaannya sebelum ini.

Najib berkata tidak tidak pernah mencadangkan Arul memperoleh RM10 juta setahun.

“Bayaran ex gratia RM5 juta itu bukan gajinya selama 6 bulan. Ia bayaran ex gratia apabila kontrak berakhir, mengambil kira beberapa objektif yang tercapai dalam tempoh 3 tahun di 1MDB. Gaji bulanannya lebih rendah daripada itu,” kata Najib.

Beliau berkata bayaran ex gratia itu ganti rugi untuk jumlah keseluruhan gaji daripada 1MDB sejak 2015 yang “lebih rendah daripada pakej berasaskan dolar AS dan bebas cukai di Emiriah Arab Bersatu”.

“Arul melepaskan jawatan naib presiden eksekutif dan ketua bank pelaburan di bank perdagangan terbesar di Abu Dhabi untuk mengetuai penstukturan 1MDB. Dia dibayar dengan dolar AS dan bebas cukai,” katanya.

“Saya pasti anda boleh tahu berapa banyak baji dan bonus yang diberi kepada seorang pengurus pelaburan terbaik,” katanya, dan menambah Arul menerima pengurangan itu “kerana ketika itu dia merasakan ia satu bentuk khidmat kepada negara”.

Najib berkata Lim dan pegawai khas, Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, sengaja memutarbelitkan kata-kata untuk mengalihkan pandangan daripada sangkalan China Petroleum Pipeline Company (CPPC) berhubung dakwaan ia membayar hutang 1MDB melalui dana daripada 2 projek saluran paip di Malaysia.

CPPC sebahagian daripada syarikat milik kerajaan China, China National Petroleum Corporation.

Baru-baru ini, Pua memberitahu BBC mengenai kemungkinan kaitan antara 1MDB dan projek saluran paip di Kedah dan Sabah.

“Seluruh projek itu seperti ada penipuan. Jelas ada unsur pengubahan wang sedang berlaku,” katanya menurut laporan itu. 

“Kita beri wang kepada syarikat China dan kita mengesyaki wang itu disalurkan kepada pihak yang berkaitan dengan pentadbiran dulu.”
Najib berkata Lim dan Pua harus segera menjelaskan perkara ini atau mereka akan “dianggap sudah berbohong dan membuat pernyataan fitnah”.

“Bagaimana boleh mereka benarkan salah satu syarikat terbesar di dunia menggelar menteri kewangan kita dan pembantu khasnya pembohong dan menuduhnya membuat fitnah?”. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]