[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Najib Pertahan Pakej Gaji RM5 Juta Di Beri Kepada Arul Kanda


KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempertahankan pakej gaji RM5 juta yang diberi kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

Menurut beliau, Arul sebenarnya mendapat gaji lebih rendah ketika berkhidmat dengan 1MDB berbanding jumlah yang diterimanya ketika bertugas dengan sebuah bank di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Najib berkata Arul sanggup menerima gaji jauh lebih rendah untuk bertugas dengan 1MDB dan malah berjaya mengurangkan hutang syarikat milik negara itu daripada RM50 bilion kepada RM30 bilion.

"Maka, beliau telah menunaikan sebahagian daripada tanggungjawabnya. Anda perlu melihat dalam konteks bahawa jumlah yang dibayar kepadanya adalah jauh lebih kecil daripada yang beliau dapat sebelum menyertai 1MDB," kata Najib kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu Dewan Rakyat bahawa Najib meluluskan pakej gaji RM5 juta untuk Arul. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]