[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Najib Selar PH ‘Hipokrit’ Tentang Isu Jual Negara Kepada China


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak menyelar kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan “hipokrit” berhubung isu jual negara kepada pelabur swasta dari China yang dimainkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bekas perdana menteri itu berkata sebelum PRU14, PH menuduhnya menjual negara melalui projek Forest City dan Melaka Gateway, namun kini pakatan itu meneruskan projek tersebut dengan alasan pembangunan negara.

“Saya masih ingat bagaimana Tun Mahathir pernah melawat Forest City sambil menuding jarinya ke papan tanda iklan hartanah hak milik kekal.

“Anaknya Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) pula menuduh saya sebagai satu-satunya PM yang jual tanah hak milik kekal kepada warga asing.

“Tetapi pada 2 Ogos 2018, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar menjawab di Dewan Rakyat bahawa kerajaan PH tiada halangan dan akan terus membenarkan penjualan tanah milik kekal di Forest City, Johor kepada warga asing,” tulisnya di Facebook.

Minggu lalu, Xavier berkata tanah di Forest City boleh dijual kepada orang asing mengikut peraturan yang dikeluarkan dalam Majlis Tanah Negara berkuatkuasa mulai Mac 2014.

Saya masih ingat bagaimana Tun Mahathir pernah melawat Forest City sambil menuding jarinya ke papan tanda iklan hartanah hak milik kekal.

“Anaknya Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) pula menuduh saya sebagai satu-satunya PM yang jual tanah hak milik kekal kepada warga asing.

“Tetapi pada 2 Ogos 2018, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar menjawab di Dewan Rakyat bahawa kerajaan PH tiada halangan dan akan terus membenarkan penjualan tanah milik kekal di Forest City, Johor kepada warga asing,” tulisnya di Facebook.

Minggu lalu, Xavier berkata tanah di Forest City boleh dijual kepada orang asing mengikut peraturan yang dikeluarkan dalam Majlis Tanah Negara berkuatkuasa mulai Mac 2014. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]