[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



PAS Gesa Perkasakan Dahulu Sekolah Tahfiz Berbanding UEC !


KUANTAN - Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) walaupun bertentangan dengan Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan menimbulkan kemusykilan.

Exco Pemuda Pas, Roslan Md Esa berkata pihaknya tidak bersetuju dan membantah keras usaha tersebut kerana tidak bertepatan dengan masyarakat Malaysia hidup saling melengkapi antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan bahasa.

Menurutnya, walaupun masih di fasa awal cadangan namun, tuntutan UEC ini perlu dilihat daripada kaca mata perpaduan kaum serta kesan jangka masa panjang terhadap sistem pendidikan di Malaysia.

"Bagi kami, kerajaan perlu memiliki keberanian untuk memperkasakan semua sekolah kebangsaan selain mengkaji semula kedudukan sistem pendidikan vernakular di negara ini.

"Daripada meluluskan UEC lebih baik perkara itu diberi kepada sekolah tahfiz yang terlalu memerlukan pembelaan dan bantuan sokongan daripada kerajaan," katanya, semalam.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kewajipan penggunaan kasut hitam, Roslan berkata kerajaan perlu menggagap isu itu bukanlah sesuatu yang mendesak.

"Seharusnya tangani terlebih dahulu isu-isu yang lebih mendesak. Contohnya beg sekolah berat terpaksa ‘dipikul’ murid, bebanan tugas guru yang tidak pernah selesai dan akses internet bertaraf ‘siput’ sedangkan guru-guru diminta memberikan pelbagai laporan secara dalam talian.

"Itu belum lagi kurikulum yang sentiasa berubah-ubah yang amat menekan guru-guru dan anak-anak.

"Yang jadi mangsa guru-guru sehinggakan ramai me­ngalami tekanan perasaan tetapi demi melaksanakan tugas dan amanah mendidik anak bangsa, mereka hadapi dan tempuhi juga," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]