IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Pemilihan: Anwar Menang Jawatan Presiden Tanpa Bertanding


PETALING JAYA - Teka-teki mengenai persaingan kerusi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya terjawab selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding pada pemilihan PKR akan datang. 

Tempoh pencalonan ditutup di Ibu Pejabat PKR, di sini pukul 5.00 petang tadi menyaksikan hanya satu nama dicalonkan untuk jawatan itu. 

Anwar akhirnya menggantikan isterinya  yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail setelah menjadi Ketua Umum parti itu sejak 2008.

Sebelum ini, Anwar disebut-sebut akan bersaing dengan Menteri Hal-Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk jawatan tertinggi itu.  #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]