IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Penganalisis: Beri Sahaja Jawatan Presiden PKR Kepada Anwar


KUALA LUMPUR: Jawatan presiden seharusnya diberi terus kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam proses mengharmonikan PKR selepas pemilihan parti kali ini.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Kamaruzaman Yusof berkata, ia sekali gus menjadi landasan ketua umum itu untuk membuktikan keupayaannya sendiri dalam menerajui PKR.

"Dalam konteks PKR ini saya rasa lebih baik Datuk Seri Anwar yang sejak awal penubuhannya dilantik Ketua Umum menjadi presiden. Sudah tentulah untuk menyelamatkan keadaan dan mengharmonikan keadaan yang berlaku, lebih baik parti PKR dan perwakilan tidak bertanding untuk jawatan presiden dan terus diberi kepada Anwar.

"Selepas itu ahli PKR dan masyarakat boleh tengok sejauh mana kepayaan Anwar memimpin parti kerana sebelum ini dia tidak pernah memimpin sebuah parti politik. Dia cuba untuk menguasai UMNO tetapi gagal dan sekarang kita tengok macam mana keadaannya.


"Kalau itu boleh dilakukan, saya rasa ini akan menjadi lebih baik kepada PKR dan sekali gus memberi satu imej yang lebih baik kepada PKR sebagai sebuah parti yang menang dalam pilihan raya lepas dengan kerusi yang paling besar jika hendak dibandingkan dengan parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH)," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]