[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Penganalisis: Peluang Pembangkang Tipis Pada Dua Lagi PRK


KUALA LUMPUR: Peluang pembangkang menang pada dua lagi pilihan raya kecil (PRK) akan datang, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan DUN Seri Setia, dilihat sebagai tipis berdasarkan pencapaian Pakatan Harapan (PH) di DUN Sungai Kandis.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata kemenangan PH pada PRK DUN Sungai Kandis, Sabtu lalu, jelas memberi isyarat bahawa pengundi masih menolak pembangkang.

Beliau berkata, peluang pembangkang untuk menang di DUN Seri Setia juga disifatkan sukar berikutan kawasan itu adalah kubu kuat PKR.

“Gabungan PAS dengan UMNO di DUN Sungai Kandis terbukti gagal menyekat kemaraan PH,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

PKR mengekalkan kerusi DUN Sungai Kandis dengan majoriti 5,842 undi apabila calonnya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, mendapat 15,427 undi serta menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam (9,585 undi) dan calon Bebas, K Murthy (97 undi).

Awang Azman berkata, peluang pembangkang pada PRK DUN Balakong turut dijangkakan sukar berikutan kawasan itu adalah kubu kuat DAP, selain dorongan sentimen bahawa Kerajaan Persekutuan dan Selangor dikuasai PH.

“Lebih-lebih lagi, jika benar MCA mahu bertanding menggunakan logo parti itu sendiri dan bukan BN, sedangkan PH akan mula menggunakan logo mereka.

“MCA berhasrat menggunakan logo sendiri kerana tidak yakin logo BN dapat menarik pengundi Cina.

“Bagaimanapun, langkah itu tidak menjamin kemenangan MCA kerana parti berkenaan dilihat sudah lama ditolak pengundi Cina yang lebih selesa memilih DAP,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]