[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



PM Persoal Kritikan Ke Atasnya Sebagai Pengerusi Khazanah !


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir hari ini mempersoal kritikan sesetengah pihak mengenai pelantikannya sebagai Pengerusi Lembaga Khazanah Nasional Berhad.

"Saya terlibat...sebenarnya saya adalah orang yang memulakan Khazanah dan kini mahu memacu pada landasan yang betul. Apa salahnya dengan saya (dilantik ke jawatan itu)?.

"Bukannya saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, saya tidak akan menerima gaji RM7 juta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata pelantikan baharu itu akan membantu Khazanah memberi fokus kepada beberapa isu tertentu.

Antara lain Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dilaporkan berkata perlantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi Khazanah itu dilihat bercanggah dengan tekad Pakatan Harapan sebelum ini yang tidak mahu campur tangah politik dalam pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada 30 Julai lalu,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Dr Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin dilantik sebagai pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu.

Sebelum ini, sembilan anggota lembaga pengarah Khazanah, termasuk Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Tan Md Nor Md Yusof, meletakkan jawatan untuk membolehkan kerajaan baharu memutuskan kepimpinan baharu syarikat itu.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir mengakui langganan akhbar Utusan Malaysia dihentikan bagi institusi di bawah Kementerian Pendidikan namun tiada larangan ia dibaca oleh sesiapa sahaja.

"Langganan dihenti, tetapi kita tak larang nak baca. Nak baca, bacalah. (Namun) kenapa kita nak beli satu paper (akhbar)  yang selalu hentam kita. Kita tidak perlu membelinya.

"Sekiranya orang nak membacanya dalam sekolah, di luar sekolah, mereka bebas berbuat demikian. Kita tak larang, bukan kita nak tangkap, nak koyak, nak bakar apa semua, tak dak," katanya.

Ditanya mengapa hanya akhbar Utusan Malaysia yang terlibat, Dr Mahathir berkata "bacalah Utusan, anda tahula."

Dilaporkan wujud satu memo yang mengarahkan sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan untuk berhenti melanggan akhbar tersebut. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

sebab orang-orang yang pernah berkerja dengan hang tau sangat putak belit hang penyamun hooi.., hang jangan dok ingat orang lain tak tau pa yang hang dah buat kat Ekonomi Malaysia masa hang jadi Piem dulu, kalu hang kata hang tak ingat pergi mampoih la kat hang kami semua dah kenai sangat perangai lanon hang tu

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]