IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Putrajaya: Tiada Bukti Zahid Hamidi Memiliki Aset RM230 Juta


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini berkata tidak ada bukti menunjukkan ketua pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memiliki aset bernilai RM230 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Kepng berkata, bagaimanapun Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat perkara itu

“Tidak ada kenyataan atau bukti bagi menyokong kewujudan wang tunai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau menjawab pertanyaan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) sama ada kerajaan akan menyiasat dakwaan Zahid memiliki aset sebanyak RM230 juta.

Dakwaan terhadap Zahid itu mula tersebar pada Ogos tahun lepas apabila beliau terlibat dalam insiden tuduh menuduh secara terbuka dengan Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir, yang kini merupakan perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), mendakwa Zahid membuat perisytiharan aset sebanyak 9 angka pada 1996. Dr Mahathir adalah perdana menteri ketika itu, sementara Zahid mengetuai sayap Pemuda Umno.

Zahid bagaimanapun mendakwa Dr Mahathir berbohong dan berkata SPRM bebas untuk menyiasat beliau.

Beliau juga meminta SPRM menyiasat sumber kekayaan anak-anak Dr Mahathir. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]