IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Syed Saddiq Nafi Datuk Lee Chong Wei Tarik Diri Kerana 1MDB


PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyanggah desas desus kononnya keputusan Datuk Lee Chong Wei menarik diri daripada Sukan Asia di Jakarta dan Kejohanan Dunia di Nanjing, China mempunyai kaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Laporan itu adalah fitnah dan tidak benar....Itu fitnah dan penipuan serta memalukan hero kebangsaan kita. Perbezaan politik itu biasa tapi kita tidak boleh lupa jasa beliau yang telah mengharumkan nama negara," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Ahli Parlimen Muar itu juga menafikan akaun milik jaguh badminton itu dibekukan kerana dikaitkan dengan dana 1MDB.

Syed Saddiq berkata, Chong Wei mengesahkan bahawa beliau dapat tidak beraksi pada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia selepas mengalami masalah pernafasan yang memerlukan beliau berehat selama sebulan.

"Pada minggu lepas, saya berkesempatan ke rumah beliau di mana beliau telah mengekspresikan terpaksa menarik diri daripada Sukan Asia dan Kejohanan Dunia kerana masalah pernafasan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]