IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Tengku Abdullah Sukacita Isu Pindah Milik Dan Gadaian Selesai


KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan sukacita baginda dengan keputusan Kerajaan Negeri yang mengumumkan penurunan kuasa kelulusan kebenaran pindah milik dan gadaian tanah kepada Pentadbir Tanah Daerah.

“Saya berasa amat suka kerana dalam tempoh tidak sampai 100 hari memimpin Kerajaan Negeri Pahang, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri telah membuat beberapa keputusan penting berkaitan rakyat.

“Antaranya ialah penurunan kuasa daripada Menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri kepada Pentadbir Tanah Daerah bagi kelulusan kebenaran pindah milik dan gadaian tanah.

“Bagi urusan pindah milik antara waris kadim kelulusan boleh diberikan dalam tempoh satu atau dua hari sahaja. Manakala urusan pindah milik selain waris kadim dan antara berlainan bangsa kelulusan boleh diberikan dalam tempoh 10 hari sahaja,” titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Negeri ke 14, baru-baru ini.

Dalam titah tersebut, baginda turut berharap agar kesinambungan Rancangan Malaysia Ke-11 dapat diteruskan di negeri ini terutamanya berhubung projek-projek yang akan memberikan impak terus kepada rakyat. #sumber
PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]