IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Tengku Hassanal Raikan 178 Pelajar Kurang Bernasib Baik !


KUANTAN - Sejumlah 178 orang pelajar kurang bernasib baik diraikan anakanda Pemangku Raja Pahang, Tengku Panglima Besar Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah pada Majlis Amal Sambil Menonton Wayang Bersama Anak-anak Yatim Daerah Kuantan di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Program itu dianjurkan badan bukan kerajaan Pertubuhan Wanita Evolusi Baru (P-WEB) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan bertujuan untuk mengutip sumbangan bagi membeli kelengkapan kelas kanak-kanak autisme.

Pengerusi P-WEB Mazlina Mansor berkata program itu berjaya mengumpul RM3,000 untuk melengkapkan kelas khas autisme rintis di Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau di sini.

"Lebih menggembirakan ialah Tengku Panglima Besar Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan hadir memberi sokongan dengan menyerahkan kutipan dana kepada wakil anak-anak autisme sebelum beliau sendiri meluangkan masa menonton wayang bersama para pelajar," katanya ketika ditemui pemberita pada program itu.

Katanya walaupun baru tiga minggu diwujudkan dengan lebih 30 keanggotaan namun P-WEB proaktif dalam usaha untuk mengutip dana bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di negeri ini. #sumber

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]