IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Terkejut, Berjaya Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM20,000 !


PEKAN: "Syukur rezeki lumayan ini berpihak kepada saya selepas berjaya 'menawan' pari seberat 10.1 kilogram (kg).

"Hadiah yang diterima daripada pihak penganjur ini akan digunakan untuk sambutan Aidiladha tidak lama lagi," kata  Oma Muhamad, 39, berasal dari Senawang, Negeri Sembilan selepas mendapat tempat pertama dalam pertandingan memancing anjuran Kelab Komuniti Dun Peramu Jaya (KDPJ) di Pantai Serandu hari ini.

Tempat kedua dimenangi Mohd Yusof Zakaria, 30, tahun dari Muar, Johor dengan tangkapan pari seberat 9.2 kilogram.



Seramai 2,167 peserta menyertai pertandingan itu yang menawarkan hadiah keseluruhan RM50,000
termasuk 20 hadiah cabutan bertuah.
 
Selain itu, 300 peserta terawal mendaftar mendapat t-shirt istimewa secara percuma.

Katanya, dia tidak pernah terfikir untuk bergelar juara sebaliknya hanya berserah kepada Allah SWT untuk menentukan nasibnya.

Menurutnya, dia hanya menggunakan umpan udang namun tidak menyangka umpan digunakan itu berjaya menaikkan pari.



Sementara itu Presiden KDPJ, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, pemilihan kawasan pantai itu disebabkan faktor kedudukannya yang amat strategik dan sesuai untuk mengadakan pertandingan berkenaan.

"Beliau (Syed Faiz) sangat berpuas hati dan dengan sambutan yang memberangsangkan. Beliau harap perpaduan dan keharmonian dalam pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira peringkat usia mahupun agama dapat dipupuk dan diterjemahkan menerusi aktiviti riadah sihat ini.



"Kita nak beri rakyat peluang untuk bersantai, beriadah dan dapat bersama-sama mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta," katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, keindahan pantai itu mampu menarik ramai pengunjung sekaligus mempromosikan kawasan berkenaan sebagai salah sebuah lokasi pelancongan di daerah ini dan KDPJ telah memasukkan program cabaran memancing ini dalam acara kalender yang akan diadakan setiap tahun dengan pemilihan lokasi-lokasi yang lebih menarik, akhirinya. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]