[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Tiada Lagi "Macai-Macai Politik" Dalam Persatuan Belia Negara


KUALA LUMPUR: Persatuan belia negara akan dirombak dan dibersihkan supaya tidak lagi dilihat sebagai 'macai politik' kepada mana-mana parti politik.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, berkata langkah itu bertujuan mengembalikan kuasa persatuan belia sebagai kumpulan pendesak dan pengkritik dalam menentukan hala tuju kerajaan.

"Ada persatuan belia seperti GPMS (Gabungan Persatuan Mahasiswa Semenanjung), Majis Belia Malaysia (MBM) dan Belia4B (Gerakan Belia 4B) yang menerima peruntukan kerajaan akhirnya pada satu tahap boleh jadi macai politik.

"Saya beri contoh, ketika saya nak terima Anugerah Belia Negara empat tahun lalu, MBM secara terbuka memberi sokongan kepada GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan).

"Apabila saya tanya kenapa buat ini (majlis), mereka kata dapat peruntukan RM5 juta daripada Perdana Menteri dan terpaksa buat.

"Saya mahu selepas ini walaupun peruntukan diberi, persatuan belia bebas mengkritik kerajaan dan mengembalikan status kumpulan belia sebagai pendesak untuk mengkritik kerajaan dan bukan kerajaan.

"Kita panggil ini program meneutralisasi kumpulan belia," katanya ketika menggulung usul titah diraja bagi pihak kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Istilah 'macai politik' yang digunakannya menyebabkan beberapa ahli Dewan bangun memohon penjelasan mengenai istilah terbabit.

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-UMNO Pengerang) bertanya jika apa yang dimaksudkan Syed Saddiq sebagai 'macai politik' ialah pemimpin belia yang mempunyai kedudukan dalam parti politik.

Syed Saddiq menjawab, tidak salah bagi anak muda mempunyai pandangan mengenai politik tetapi ia menjadi 'macai' apabila menyokong kerajaan kerana mendapat peruntukan setiap tahun.

Terdahulu, Syed Saddiq berkata, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program khas bagi mengukuhkan persatuan belia menerusi tujuh agenda dipanggil Program Pemerkasaan Belia atau Youth Power.

Katanya, ia termasuk menurunkan usia belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun dan mewujudkan Indeks Belia. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]