IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Tidak Perlulah Untuk Pertahankan Saya, Najib Beritahu UMNO !


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata UMNO tidak perlu mempertahankan dirinya daripada serangan pihak lawan kerana dia tidak bersalah.

Najib yakin dapat mempertahankan diri dalam perbicaraan yang adil. Bekas presiden UMNO ini berdepan 7 pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram di mahkamah.

“Kesalahan saya hanyalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti saya. Segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap saya dan bukan UMNO.

“Sebagai Perdana Menteri dan Presiden BN pada masa itu, saya menjadi sasaran pihak lawan yang membuat pelbagai serangan fitnah terhadap saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib menjawab perbincangan dalam kalangan pimpinan UMNO tentang penglibatannya dalam kempen pilihan raya kecil.
Ketua UMNO Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani bimbang kehadirannya akan memberi memberi kesan pada persepsi pengundi, manakala Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli kepada bakti Najib. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]