IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Wan Azizah Sahkan Anwar Akan Bertanding Di Kerusi Parlimen


KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengesahkan Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi kerusi Parlimen, namun belum menetapkan kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan.

“InsyaAllah beliau akan bertanding Parlimen.

“Namun terpulang akan bertanding di Parlimen mana,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Anwar disahkan menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR selepas tiada pencabar tampil sebelum pencalonan ditutup.

Anwar akan mengambil alih jawatan itu daripada isterinya, Wan Azizah yang menggalas tanggungjawab itu sejak 2003.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata beliau akan melepaskan mana-mana jawatan yang sedang disandangnya sekarang bagi memberi laluan kepada suaminya.“Tidak,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]