SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Wanita UMNO Pahang Cadang Wujud Pusat Pemulihan LGBT !


TEMERLOH: Wanita UMNO Pahang mencadangkan kerajaan mewujudkan pusat pemulihan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai usaha membawa mereka kembali ke pangkal jalan.

Ketuanya, Datuk Siti Hajar Mubin optimis kerajaan mampu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membantu golongan itu kerana hukum Islam tidak boleh dikompromi.

Katanya, Wanita UMNO Pahang menolak sekeras-kerasnya cadangan kumpulan penyokong LGBT supaya golongan itu diiktiraf bagi memudahkan mereka mendapat pembelaan dan memperjuangkan hak mereka yang didakwa sebagai hak kebebasan manusia.

“LGBT ialah satu kumpulan yang membentuk satu badan bebas di luar negara untuk membantu dan memperjuangkan golongan yang mengalami kecelaruan gender.

“Kumpulan ini telah mencabar kedaulatan undang-undang negara dan Islam sebagai agama persekutuan seperti mahu memansuhkan pengharaman liwat dan seks songsang,” katanya selepas menghadiri program Sukarelawan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita Islam dan Parti Politik Solidariti Tolak LGBT di Dewan UMNO Temerloh hari ini.

“Usaha ini dilihat semakin berhasil apabila suara dan permintaan mereka mendapat perhatian dan layanan atas dasar menyantuni golongan transgender…pengiktirafan ini bermakna menggalakkan ia berkembang dan tidak mustahil mereka akan menuntut perkara lain selepas ini.”

Siti Hajar berkata, Wanita UMNO tidak mendiskriminasikan golongan LGBT dan masih menghormati mereka, namun ada perkara yang tidak boleh dihalalkan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang juga ahli Parlimen Temerloh, dan program sehari itu disertai 500 sukarelawan dari seluruh Pahang. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]