[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Wartawan Penyiaran Astro AEC Calon DAP Di PRK Balakong !


PETALING JAYA: DAP dijangka mempertaruhkan wartawan penyiaran Tan Yunn Chzuan atau lebih dikenali dengan nama Yunna Tan sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Sumber mengesahkan kepada The Star pada Jumaat bahawa wanita berusia 33 tahun itu akan bertanding pada hari pengundian 8 September ini.

Tan, seorang wartawan di Astro AEC juga merupakan influencer media sosial dengan lebih 81,000 pengikut di Facebooknya.
Menurut sumber, Tan juga dijangka meletak jawatan dari Astro AEC untuk fokus pada kempen PRK DUN Balakong.

Usaha untuk menghubunginya bagi mengesahkan perkara itu belum berhasil.
Kerusi DUN Balakong kosong susulan kematian penyandangnya Ng Tien Chee akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Grand Saga pada 20 Julai lalu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]