Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Al Jazeera Siar Wawancara Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim


WASHINGTON - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan skandal rasuah 1MDB sebagai paling dahsyat dan salah satu skandal kewangan terburuk melibatkan mana-mana kerajaan.

Dalam temubual menerusi satelit menerusi program berbahasa Inggeris, UpFront terbitan Al Jazeera yang dijadual ke udara pada 3.30 pagi di saluran globalnya, Anwar yang baru-baru ini memenangi jawatan presiden PKR memberitahu hos program UpFront Mehdi Hasan: “Skandal ini paling dahsyat. Ia Ia adalah salah satu skandal kewangan terburuk melibatkan mana-mana kerajaan”.

“Oleh itu, amatlah penting tindakan tegas diambil,” kata beliau. Tetapi kerajaan baharu ini telah menyatakan dan memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara profesional. Pendakwaan mestilah tidak berniat jahat dan badan kehakiman juga mesti bebas”.

Menyentuh mengenai cita-cita politiknya, Anwar menjelaskan mengapa beliau berubah fikiran dan mengambil keputusan untuk bertanding untuk memasuki parlimen dalam tempoh masa tidak lama selepas beliau dibebaskan dari penjara.

“Saya berada dalam penjara selama 10.5 tahun. Apa yang anda buat? Adakah anda membaca dan relaks” katanya. “Sekarang, empat bulan telah berlalu sejak pilihan raya umum yang lepas. [...] Dan saya fikir sudah tiba masanya untuk saya masuk semula ke parlimen untuk membantu dalam pembaharuan parlimen. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]