IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Anwar Mungkin Akan 'Merombak' Kabinet Tun Dr Mahathir !


SHAH ALAM - Bakal Perdana Menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan merombak Kabinet Tun Dr Mahatahir Mohamad apabila beliau menggantikannya kelak.

Presiden PKR itu menjelaskan beliau akan membuat keputusan berdasarkan prestasi menteri sedia ada.

"Saya fikir pilihan sentiasa diberikan kepada pemimpin baharu untuk membuat keputusan.

"Saya belum memikirkannya lagi,semuanya bergantung, kerana mereka mempunyai satu setengah tahun untuk membuktikan diri masing-masing. Jika mereka efektif, mereka harus diteruskan.

"Jika mereka biasa-biasa saja atau tidak mempunyai kepakaran atau prestasi mereka lemah, sudah tentu kita perlu semak semula. Ini memang dijangkakan," katanya kepada Channel News Asia.

Anwar dijadual menggantikan Dr Mahathir dalam tempoh masa dua tahun, tetapi Perdana Menteri itu berulang kali berkata bahawa jangka masa untuk peralihan berkenaan adalah fleksibel.

Ini menimbulkan spekulasi mengenai masa depan politik Anwar, dengan sesetengah pihak tertanya-tanya sama ada peristiwa 1998 akan berulang.

Walau bagaimanapun, kedua-dua Mahathir dan Anwar menegaskan bahawa hubungan antara mereka tetap mesra.
Sementara itu, Channel News Asia melaporkan, Anwar tidak mahu berterus terang apabila ditanya siapa yang beliau mahu melihat sebagai timbalannya apabila menjadi Perdana Menteri.

"Terpulang kepada cadangan ahli-ahli Parlimen, parti-parti akan menentukannya. Tidak perlu bagi saya melangkauinya.

"Memang ada pemahaman umum tetapi hanya membabitkan kedudukan saya. Tidak ada desakan atau melobi bagi orang yang akan menjadi timbalan perdana menteri, "katanya.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Anwar, 70, dijangka kembali ke Dewan Rakyat jika memenangi pilihan raya kecil Port Dickson. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]