Wan Amizan menjadi ADUN Tahan selama dua penggal selepas menang pada PRU-12. Beliau menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 1,357 undi.
Pada PRU-13 beliau sekali lagi menewaskan calon PAS, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin dengan majoriti 1,090 undi. Namun pada PRU-14 beliau tewas kepada Mohd Zakhwan dengan majoriti tipis 69 undi sahaja dalam pertembungan tiga penjuru.
Beliau meendapat 5,569 undi, Mohd Zakhwan 5,638 sementara calon PKR Nordin Samat 945 undi. Allahyarham yang berusia 42 tahun adalah merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut. #PDO
0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Post a Comment