IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Empat Lelaki Terkejut, Takut Terserempak Harimau Lintas Jalan


JERANTUT - Empat lelaki terkejut bercampur takut apabila terserempak seekor harimau belang yang melintas jalan di Bukit Dedari, Kuala Tahan dekat sini petang tadi.

Juruteknik landskap pusat peranginan, Shahrul Azwan Abdul Halil, 27, berkata, dia bersama tiga rakannya menaiki kereta menuju ke Kampung Pagi dekat sini sebelum terserempak haiwan pemangsa itu kira-kira pukul 3.45 petang. 

"Kami terkejut apabila melihat seekor harimau belang berjalan melintas jalan dipercayai keluar dari hutan berdekatan. 


"Kawasan ini agak sunyi dan saya berhentikan kereta. Kami sempat merakam pergerakannya sehingga harimau itu beredar sebelum meneruskan perjalanan," katanya. 

Menurutnya, kejadian itu merupakan kali pertama dalam hidupnya yang melihat harimau di depan mata sendiri. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Ahmad Azhar Mohamed berkata, karnivor itu dari spesies Panthera Tigris yang sukar ditemui.

Beliau memberitahu, pihaknya akan membuat pemantauan di kawasan berkenaan demi keselamatan penduduk serta bebas daripada ancaman pemburu haram. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]