SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Ketua Muslimat PAS: Kerjasama PAS & UMNO Tidak Bermusim


KUALA TERENGGANU - Kerjasama antara PAS dan UMNO bukan bermusim dan tidak hanya berlaku apabila tiba pilihan raya kecil (PRK), kata Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh.

Beliau berkata kerjasama itu telah dipersetujui di peringkat PAS pusat dan selari dengan tuntutan Islam supaya bantu membantu dalam menjaga kebajikan rakyat dan ketakwaan.

“Kerjasama ini untuk kepentingan Islam dan rakyat. Ia bukanlah bermusim,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-58 yang dirasmikan Naib Presiden PAS Idris Ahmad.

Turut hadir memenuhi undangan ke muktamar itu ialah Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad.

Ketika berucap, Nuridah berkata Dewan Muslimat mempunyai perancangan untuk membudayakan politik matang yang mengutamakan kepentingan Islam dan memartabatkan wanita dan peranannya dalam negara serta di persada antarabangsa. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]