IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

LGBT: PAS Puji Dr. Mahathir Tak Terima Amalan Songsang Itu !


KUALA LUMPUR - Kepemimpinan tertinggi PAS memuji kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertegas bahawa amalan songsang lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT) tidak diterima di negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kritikan Perdana Menteri terhadap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkenaan LGBT juga dipuji.

“PAS tegas dengan prinsip pemimpin negara ini mesti mempunyai akhlak yang baik dan budiman serta tidak terlibat langsung dengan gaya hidup songsang dan luar tabii.

“Pemimpin perlu menjadi model baik bagi rakyat yang dipimpin kerana bertanggungjawab di dunia dan akhirat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir bertegas menyatakan Malaysia tidak boleh menerima sepenuhnya nilai-nilai hak asasi manusia diamalkan di negara-negara Barat merangkumi LGBT serta perkahwinan sejenis.

Perdana Menteri berkata, meskipun ada pembentangan mengenai perkara itu daripada Suhakam, namun nilai-nilai yang dipegang oleh Malaysia adalah berbeza dengan masyarakat Barat. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]