IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Lynas Bakal Menjadi 'Tragedi' Jika Gagal Beroperasi Di Pahang


KUANTAN - Kegagalan kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) untuk beroperasi di Pahang mungkin menjadi satu 'tragedi' memandangkan kilang itu merupakan pelaburan perintis bagi negara Australia di Malaysia.

Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, Andrew Goledzinowski berkata ini secara langsung akan menyebabkan syarikat-syarikat gergasi Australia lain yang berminat untuk melabur di negara ini membatalkan hasrat mereka.

"Lynas amat penting buat kami kerana ia memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak sama ada Australia mahupun Malaysia.

"Oleh itu, kami mahu memastikan ia dapat terus berkembang dan mencipta banyak peluang pekerjaan sekali gus menarik lebih banyak syarikat gergasi Australia lain datang melabur di sini.

"Jika operasi kilang Lynas ini gagal, berita ini pasti tersebar ke seluruh Australia dan pastinya syarikat-syarikat besar yang pada mulanya berminat tidak lagi mahu membuat pelaburan di negara ini," katanya pada sidang media di sini hari ini. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Lynas adalah satu kesilapan merugikan Rakyat pahang dan menguntungkan golongan tertentu ada ahlil politicians yang flep flop dlm issue Lynas sedarlah baik pajak je pahang itu lebih memudahkan perlu faham bila pelabur mengugat ugut itu sudah jadi sesuatu yg nonsense dimana leluhur bumi berdaulat selama ini adakah ianya sesuatu yg rhetoric hahaha hahaha hahaha hahaha p/s bila najib bermain seluruh Alam buana melayu terkena hahaha

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]