IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Salah Foto Isu Liwat, Pengetua Tahfiz Akan Saman Siakap Keli !


KUANTAN: Pengetua Maahad Tahfiz Miftahul Qura, dekat sini bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali page dan portal popular Siakapkeli.my. Ia berikutan tindakan page itu memaparkan gambar beliau dan pelajarnya untuk laporan berita "Liwat Sembilan Pelar, Pengetua Sebuah Pusat Tahfiz Ditahan".



Pengetua tahfiz terbabit,  Muhammad Abdul Salam  Abdul Ghani, 38, berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil memandangkan pengguna gambar tersebut telah menjatuhkan maruah beliau dan tahfiznya.


Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sekitar jam 6.00 petang tadi. Laporan polis terpaksa dibuat memandangkan ia mengelirukan ramai orang terutamanya pembaca Siakap Keli itu sendiri. 



Tambahan pula gambar yang dipaparkan juga telah digunakan oleh akhbar Sinar Harian sebelum ini, atas tajuk "Maahad tahfiz tak akan tutup". Maka itulah beliau mengesyaki, 

"Siakap Keli mahu memanaskan laporan artikel kes terbabit dengan mencedok gambar tahfiz lain. Ia tidak wajar dilakukan sekiranya mereka benar-benar profesional. Apa saja boleh berlaku di zaman ini sebenarnya", dakwa Muhammad Abdul Salam.




"Saya dan peguam akan mengadakan sidang media tentang kes ini nanti. Follower siakapkeli mencecah 5.5 juta. Makanya tindakan menyiarkan gambar tahfiz kami terhadap isu berkenaan ternyata boleh mencemarkan nama baik Maahad Tahfiz Miftahul Qura", katanya. 




Menurut beliau lagi, beliau mengetahui gambar tahfiznya disiarkan oleh Siakap Keli sekitar jam 12.30 tengahari pada 23 September lalu, selepas menerima panggilan daripada seorang sahabatnya (Saiful Ashraf). Beliau telah mengarahkan admin Sikap Keli untuk memadamkan gambar berkenaan, namun sehingga laporan polis dibuat ia masih tiada apa-apa tindakan. 



"Kes Pengetua liwat pelajat tahfiz itu berlaku di Kepong, Selangor. Gambar yang disiarkan ialah tahfiz kami (Maahad Tahfiz Miftahul Qura). Walau pun dikaburkan, tetapi ia jelas merujuk kepada pusat tahfiz saya. Ada dalam google memaparkan pusat tahfiz ini, maka itulah laporan polis dibuat untuk tuntutan sivil", kata kenyataannya lagi. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]