IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Ahli Parlimen Batu Kawan, P Kasthuriraani Nafi Sokong Murtad


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Kawan, P Kasthuriraani menafikan sekeras-kerasnya beliau menyokong orang Islam di Malaysia murtad sebaliknya, hanya mahu memastikan hak beragama golongan minoriti dipelihara tanpa sebarang gangguan.

Beliau menegaskan, tidak pernah sesekali menghina agama Islam dalam ucapannya malah langsung tidak menyentuh berkaitan penyebaran agama lain terhadap orang Islam.

Kasthuriraani menyatakan susulan kenyataannya yang disalah tafsir sehingga diugut dalam komen-komen di laman sosial, namun beliau sedikit pun marah atau berkecil hati sebaliknya, menyatakan fokus utamanya ialah meminta untuk kebebasan untuk menganut agama bukannya untuk menyebarkan.

Tambahnya, kini orang ramai yang melempar fitnah dan tohmahan kepada dirinya kerana beranggapan beliau menyokong murtad, dan tuduhan itu sama sekali tidak benar.

"Mereka juga menganggap saya menyokong menyebarkan agama mereka kepada orang Islam,itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Saya tak cakap pun macam tu.

"Sebab itu saya memang menyalahkan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), jika mereka tidak mengeluarkan artikel seperti itu, tidaklah orang bercakap perkara ini selama empat hari ini. Begitu juga halnya apabila ada orang seperti Papagomo yang memutar belitkan komen saya dan netizen membaca apa yang dia tulis kemudian memviralkan perkara yang dia tulis bukannya apa yang saya kata," katanya.

Beliau menyatakan tidak pernah sesekali meminta atau menyokong orang Islam untuk murtad kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang terang-terang menetapkan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

"Sedangkan saya cuma katakan, saya ingin lihat kebebasan menganuti agama lain tanpa apa-apa masalah.

"Saya cuma minta untuk masyarakat di Malaysia berfikir dalam konteks menyeluruh mengenai isu ini, agama Islam adalah agama rasmi, itu saya tidak pernah pertikai langsung.

"Tapi kita kena faham ada beberapa pemahaman misalnya kefahaman Syiah ataupun Mazhab Syiah, Mazhab Ahmadiah dan juga Bahai dan juga minoriti yang lain yang kita tidak tahu yang dianuti juga oleh Orang Asli dan Sabah Sarawak. Jadi, saya ingin kepentingan diberi untuk mereka ataupun platform untuk mereka menganuti agama mereka tanpa sebarang masalah," jelasnya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]