IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Lynas Perlu Tanggungjawab Pada Pekerja Jika Operasi Di Tutup


KUALA LUMPUR - Lynas Corporation Ltd (Lynas) perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap pekerjanya yang berkemungkinan berhadapan risiko kehilangan pekerjaan sekiranya operasi syarikat itu ditutup, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. 

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kuantan berkata ini kerana syarikat nadir bumi itu yang berulang kali memberi jaminan kepada masyarakat dan pekerjanya sendiri bahawa operasi syarikat yang terletak di Gebeng, Kuantan itu adalah selamat.

Tambahnya, kerajaan sememangnya mengambil berat mengenai kebajikan pekerja Lynas namun aspek yang lebih besar perlu dilihat terutamanya melibatkan keselamatan warga Kuantan.

“….kita perlu melihat kepada aspek yang lebih besar iaitu kebajikan dan keselamatan warga Kuantan secara keseluruhannya iaitu seramai 600,000 orang penduduk,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri program temu bual Program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini malam ini.

“Ramai juga antara mereka yang bekerja di Gebeng dan terdedah kepada udara dan pencemaran dari segi debu dan radiasi yang datang dari kilang,…. ini juga mustahak,” tambahnya.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan Lynas mengeluarkan testimoni para pekerja kilang itu yang menyatakan keyakinan mereka terhadap operasi kilang. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]